Pilihan Kertas / Material

Harga kad kahwin Murah adalah utk material 260 artcard + Aquoes..

Berikut adalah antara lain2 material yg ada..

Jom Kenali Jenis Kertas Dahulu:

Memilih jenis kertas yang sesuai juga penting dalam mempromosi perniagaan kerana jenis material akan memberikan kesan yang berbeza terhadap promosi kita. Dibawah adalah sedikit panduan mengenai jenis kertas dan kemasan untuk bahan cetakan.

1. Kertas Simili Paper

Umumnya kertas jenis ini terdapat dalam beberapa ketebalan yang berada dipasaran, biasanya 80gsm dan 100 gsm. Kualiti kertas sama seperti kertas A4 biasa yang kita guna untuk fotostat dan cetak dokumen pejabat dan sebagainya. Kertas ini tidak berkilat dan sesuai jika kita ingin mnggunakan cop setelah cetakan atau menulis menggunakan ballpen atau pen dakwat basah seperti borang tempahan, maklumat ahli, brosyer dengan maklumat tempahan.

2. Art Paper/ Artcard

Kertas jenis ini lebih tebal sedikit dari kertas simili, sesuai untuk kegunaan kad jemputan atau poskad. Sedikit licin dari kertas simili tetapi masih boleh menulis dengan ballpen dan cop di atasnya.

3) Ivory (230 gsm)

Kertas Ivory White 230 gsm adalah sedikit nipis berbanding 260 gsm art card. Kad jenis ini adalah tidak licin dan sedikit mahal berbanding Art Card.

4) Fine Linen/Fine Vein/Modern Embossed (230 gsm)

Kertas-kertas jenis ini mempunyai berat 230 gsm. Masing-masing mempunyai teksture yang berbeza dan nampak mahal. Dan memang benar, jenis kertas ini adalah lebih mahal berbanding Art Card dan Ivory kerana kualitinya.

5) Platinum White (250 gsm)

Jenis kertas ini adalah yang termahal berbanding yang lain. Ia mempunyai tekstur yang berkilauan seakan ‘platinum’.

6) Simili

Terdapat juga kertas 80 gsm Simili, 105 gsm Simili dan pelbagai lagi untuk keperluan mencetak invois, poster, brochure dan sebagainya

7) Kertas PVC 200gsm

Material tahan lasak, tidak mudah koyak dan kalis air. Amat sesuai untuk kadnama atau poster yang ditampal di luar bangunan. Oleh kerana ia kalis air, ia juga kalis dakwat basah, jadi dakwat yang paling sesuai seperti ballpen atau ‘permanent maker’ digunakan untuk menulis di atasnya.

Jenis Kemasan (Finishing)

Beberapa jenis kemasan atau lebih popular sebagai finishing boleh dibuat ke atas kertas. Pilihan adalah seperti berikut:

1. Kemasan Matt Lamination

Kadnama akan kelihatan lebih cantik dengan kemasan ini, agak kalis air kerana permukaannya agak licin tanpa kilat seperti plastik kasar, tetapi jika terendam di dalam air terlalu lama, kertas akan rosak.

2. Kemasan Spot UV

Kemasan tambahan selepas matt lamination, kad akan kelihatan lebih menarik dengan bahagian tertentu kelihatan sedikit timbul dan berkilat kesan proses ‘spot UV’

3. Kemasan Aquoes Coating

Kemasan tambahan pada kertas simili atau art paper supaya kelihatan berkilat dan licin seperti ‘glossy paper’. Dengan kemasan ini kertas ‘MURAH’ sepert simili 80gsm akan kelihatan ‘MAHAL’

4. Keemasan Gloss

Memberikan rupa yang berkilat. Warna menjadi lebih terang tetapi pelanggan harus menggunakan pen jenis marker untuk menulis di atasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s